Loading...

Terma & syarat


Selamat datang ke laman web Escelente ("Laman Web"). Terma dan Syarat ini (“Terma dan Syarat”) adalah terpakai untuk Laman Web, HW Global Escelente Sdn. Bhd. (1507649-P), dan semua bahagiannya, subsidiarinya, laman Internet yang dikendalikan oleh syarikat sekutunya serta aplikasi mudah alih yang merujuk kepada Terma dan Syarat ini. “HWGE” merujuk kepada HW Global Escelente Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 1507649-P dan alamat tempat berniaga utama di B-10-02, Menara Bata, PJ Trade Centre, No.8, Jalan PJU 8/8A, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Malaysia.



Dengan mengakses Laman Web ini, anda bersetuju terikat dengan persetujuan berikut:


  • Anda mengesahkan bahawa anda sudah membaca dan memahami terma perjanjian ini.

  • Anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma perjanjian ini, dan

  • Anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang terpakai ke atas subjek perjanjian ini.


Laman Web ini berhak mengubah, meminda, menambah atau mengeluarkan mana-mana bahagian dalam Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuatkuasa sebaik sahaja ia dimuat naik ke Laman Web ini dan tiada sebarang notis lain akan dikemukakan. Sila periksa kemas kini Terma dan Syarat ini dengan kerap. Penggunaan atau akses berterusan anda ke Laman Web selepas perubahan Terma dan Syarat adalah menunjukkan persetujuan anda dengan perubahan tersebut.


  1. Pemberian Kuasa & Penggunaan Domestik

    Dengan menggunakan Laman Web kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda sudah mencapai umur yang dibenarkan atau ke atas dan berupaya untuk menerima terma, syarat, pernyataan dan jaminan yang dikemukakan dalam Perjanjian ini. Laman Web ini tidak bertujuan atau direka cipta untuk menarik pengguna di bawah umur. Anda bersetuju bahawa semua pembelian produk yang dibuat oleh anda dari laman web ini adalah untuk kegunaan domestik diri anda sendiri, dan tidak akan dijual semula atau ditawarkan semula untuk jualan atau dijual mengikut sebarang kaedah komersial, kecuali mendapat persetujuan dari HWGE.

    Tambahan pula, anda bersetuju bahawa Perjanjian ini hanya merangkumi produk yang dibeli melalui, dan transaksi yang dibuat menggunakan, laman web rasmi dan diberi kuasa (“Laman Web”) . Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas produk dan transaksi yang dibeli dan dibuat di mana-mana platform atau portal lain yang tidak diberi kuasa.



  1. Penggunaan Laman Web

    Kami membenarkan anda menggunakan Laman Web ini bagi tujuan membeli barangan peribadi yang dijual di Laman. Bagi membolehkan anda mengguna ciri-ciri tertentu, anda dikehendaki membuka akaun di Laman Web ini. Anda bersetuju untuk memberikan maklumat diri anda yang paling tepat, benar, lengkap dan terkini sebagaimana yang diminta oleh Laman Web. Anda juga bersetuju untuk mengemas kini maklumat sedemikian dengan secepat mungkin bagi memastikan maklumat sentiasa tepat, benar, lengkap dan terkini. Jika apa-apa maklumat didapati tidak tepat, palsu, tidak lengkap atau tidak lagi berkaitan, atau pihak kami mengikut budi bicara mutlak kami mengesyaki bahawa maklumat sedemikian tidak tepat, palsu, tidak lengkap atau tidak lagi berkaitan, kami berhak menggantung atau menamatkan akaun anda dan menyekat mana-mana dan semua penggunaan Laman Web ini atau mana-mana bahagiannya oleh anda pada masa kini atau pada masa hadapan.

    Sepanjang proses pendaftaran, anda dikehendaki mencipta Name Pengguna dan Kata Laluan. Anda bertanggungjawab ke atas kerahsiaan akaun dan kata laluan anda serta bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku ke atas akaun dan kata laluan anda. Memaklumkan kami dengan segera berkaitan sebarang penggunaan tidak sah atau kata laluan anda atau sebarang pelanggaran keselamatan dan untuk memastikan yang anda telah keluar dari akaun anda di akhir setiap sesi. Anda bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas semua caj di atas akaun anda dalam laman web ini, termaksuk yang diakibatkan oleh penggunaan tidak sah. 


Kami berhak menamatkan mana-mana akaun, jika pesanan anda dianggap palsu atau transaksi kad kredit anda dipertikaikan. Anda mengakui bahawa kami boleh menamatkan atau menggantung akses anda ke semua atau sebahagian Laman Web, dengan atau tanpa notis, disebabkan perlakuan yang kami percaya, mengikut budi bicara mutlak kami, melanggar mana-mana bahagian Perjanjian ini, undang-undang atau peraturan atau boleh memudaratkan pengguna lain atau pihak kami atau syarikat sekutu kami. Pautan ke atau akses dari mana-mana laman web atau sumber pihak ketiga tidak menandakan sokongan kami terhadap mana-mana maklumat, produk atau perkhidmatan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungan atau pengendalian mana-mana laman web pihak ketiga. Penggunaan mana-mana laman web pihak ketiga adalah di atas risiko anda sendiri.



  1. Produk

    Laman Web ini dan produk yang ditawarkan melalui Laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menawarkan nasihat perubatan. Produk, perkhidmatan, maklumat dan isi kandungan lain yang disediakan di Laman Web ini, termasuk maklumat yang mungkin disediakan secara terus atau melalui pautan ke laman web pihak ketiga, hanya bagi tujuan pemakluman sahaja.

    Anda hendaklah sentiasa mendapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan apa-apa ubat, makanan tambahan, produk herba atau produk homeopati atau sebelum memulakan sebarang program senaman atau diet atau sebelum memulakan sebarang rawatan berkaitan masalah kesihatan.

    Setiap individu adalah berbeza dan mungkin bertindak secara berbeza kepada produk yang berlainan. Dapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai interaksi antara sebarang ubat yang anda ambil dengan makanan tambahan. Sentiasalah memeriksa label produk atau pembungkus produk sebelum menggunakannya. Jika terdapat pertikaian, pelanggan perlu mematuhi maklumat yang tertera pada label atau pembungkus produk.



  1. Kaedah Pembayaran

    Sebagai pembeli, anda boleh membeli produk yang ditawarkan oleh Syarikat melalui Laman Web dan membuat pembayaran untuk pembelian anda menggunakan kaedah pembayaran yang ditawarkan oleh Syarikat melalui Laman Web dan menggunakan akaun anda yang dilindungi kata laluan. 


Anda bersetuju bahawa pesanan hanya akan diproses setelah bayaran penuh diterima (termasuk caj penghantaran / tambang muatan).  Walaupun syarikat mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat sensitif (seperti nombor kad kredit anda), kami tidak dapat menjamin keselamatan apa-apa maklumat yang dihantar atau didedahkan kepada kami secara dalam talian. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab memantau dan memaklumkan Syarikat serta pengeluar kad kredit anda secara bertulis sekiranya anda mendapati terdapat sebarang transaksi yang tidak sah dari Laman Web kami.



  1. Penamatan

    Jika anda berharap untuk menamatkan akaun anda, sila memohon secara menulis dengan subjek “Penamatan”. Kami akan memproseskan permintaan anda dengan segera.



  1. Dasar Privasi

    Penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat dalam Perjanjian ini dan penggunaan berterusan anda ke atas Laman Web ini melambangkan persetujuan anda untuk terikat dengan Dasar Privasi kami yang boleh dirujuk DI SINI.



  1. Dasar Pemasaran & Pengiklanan


Anda bersetuju untuk menggunakan hanya Laman Web dan bahan keluaran syarikat untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. Selain itu, anda bersetuju untuk tidak menggunakan nama, logo, cap dagangan, atau penulisan kami dalam mana-mana laman web, blog atau bahan pemasaran yang dibuat oleh anda tanpa kebenaran yang jelas daripada syarikat.


  1. Cap Dagang dan Hak Cipta

    Laman Web ini dimiliki dan dikendalikan oleh HWGE. Syarikat memiliki hak mutlak ke atasnya, dan tidak membenarkan penggunaan nama dagang, cap dagang, nama perkhidmatan, cap perkhidmatan, nama produk, cap produk, URL, alamat laman web, logo, reka bentuk, simbol atau apa-apa jenis maklumat yang dapat mengenal pasti identiti Syarikat oleh mana-mana orang atau entiti (melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu).



  1. Hak-hak Proprietari

    Maklumat, data, gambar, graf, perisian komputer, video, teks, rupa huruf, grafik, reka bentuk, muzik, bunyi dan bahan-bahan lain (secara kolektif dirujuk sebagai “Harta Intelek”) adalah dilindungi oleh hak cipta, paten, cap dagang, rahsia perdagangan atau hak-hak proprietari yang lain. Hak-hak ini sah dan dilindungi dalam semua bentuk dan merangkumi semua teknologi yang sedia ada pada masa ini atau yang akan dibangunkan selepas ini.

    Anda tidak dibenarkan untuk memindahkan atau menyalin apa-apa bahan yang terkandung dalam Laman Web ini pada mana-mana pelayan (server) lain. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan meminda, memadam, mengembangkan, mengeluarkan, menambah, menerbit, menghantar, menyertai dalam pemindahan atau jualan, mencipta kerja-kerja derivatif berasaskan, mengedar, melaksanakan, memaparkan atau dalam apa jua cara sekalipun, mengeksploitasi mana-mana Harta Intelek, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya.



  1. Pengubahsuaian dan Semakan

    Terma dan Syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini boleh diubah secara berkala dan mungkin akan disemak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami. Anda dinasihatkan supaya kerap mengunjungi laman web ini untuk menyemak terma ppenggunaan yang terkini kerana ia terikat dengan anda. Dengan terus menggunakan Laman Web ini, ia bermakna bahawa anda telah menerima sebarang perubahan atau pindaan terhadap Perjanjian ini. Jika anda tidak boleh menerima sebarang pindaan, satu-satunya pilihan anda adalah untuk menamatkan Perjanjian ini.



  1. Penafian Waranti

    Pengunjung Laman Web ini serta laman-laman web pihak ketiga yang berkait dengan laman ini adalah menggunakannya di atas risiko mereka sendiri sepenuhnya. Syarikat tidak memberi jaminan bahawa perkhidmatan yang disediakan itu boleh diakses pada setiap masa, tidak mengalami sebarang gangguan atau bebas daripada kesilapan. Kelewatan, ketinggalan, gangguan dan ketidaktepatan dalam isi kandungan, penyebaran berita, maklumat dan bahan-bahan lain boleh berlaku. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atas ketersediaan atau isi kandungan laman web pihak ketiga lain yang mempunyai pautan dengannya.

    Walaupun kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menghalang virus dan elemen lain yang bersifat memusnahkan daripada memasuki Laman Web kami, kami tidak dapat memberi jaminan atau kepastian bahawa Laman Web ini bebas daripada sebarang elemen yang memudaratkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus komputer, penggodam (hacker) atau sabotaj teknikal yang lain. Syarikat juga tidak memberi jaminan bahawa sebarang isi kandungan yang dimuat turun dari Laman Web dan laman pihak ketiga lain yang berkait dengannya akan bebas daripada sebarang kesilapan.

    Syarikat tidak bertanggungjawab dan / atau boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan yang mungkin berlaku pada komputer anda akibat muat turun isi kandungan daripada laman webnya atau laman pihak ketiga yang mempunyai pautan dengannya.

    SILA MAKLUM TENTANG PENAFIAN WARANTI PENTING BERIKUT:

    MAKLUMAT, BAHAN-BAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG TERKANDUNG DALAM SEMUA LAMAN WEB KAMI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA GRAFIK, PAUTAN DAN PERKARA LAIN, YANG DISEDIAKAN KEPADA ANDA ATAS DASAR “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERDAPAT,” TANPA SEBARANG WARANTI ATAU JAMINAN. KAMI TIDAK MEMBERI WARANTI ATAU JAMINAN MENGENAI KETEPATAN, KECUKUPAN ATAU KESEMPURNAAN MAKLUMAT ATAU BAHAN-BAHAN, DAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KESILAPAN DAN/ ATAU KETINGGALAN MAKLUMAT DAN BAHAN-BAHAN. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KAMI MENAFIKAN SEBARANG PERNYATAAN DAN JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA YANG TERSURAT, TERSIRAT ATAU STATUTORI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI TERSIRAT MENGENAI HAK MILIK, PEMATUHAN, KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.



  1. HAD LIABILITI

    Dalam apa jua keadaan sekalipun, syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi secara langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, pampasan, teladan, kerosakan akibat, kerugian atau perbelanjaan. Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan yang hilang atau salah alamat, kehilangan profit, kehilangan pendaftaran, kehilangan nama baik, atau program atau data lain yang hilang atau dicuri, walau apa pun penyebabnya dan di bawah sebarang teori liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan:


  1. penggunaan laman web syarikat, atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman sedemikian oleh mana-mana pihak; atau 

  2. sebarang kegagalan prestasi, kesilapan, ketinggalan, gangguan, kecacatan, operasi atau penghantaran tertangguh; atau 

  3. kegagalan penyambungan atau sistem, atau kemasukan virus atau sabotaj teknikal yang lain


Walaupun syarikat, pekerja atau wakilnya telah dinasihatkan mengenai kemungkinan atau kebarangkalian berlaku kerosakan, kerugian atau perbelanjaan sedemikian.



Dengan ini, Pelanggan mengakui bahawa Penafian yang dinyatakan di atas akan diguna pakai untuk semua isi kandungan web, barang niaga dan program yang tersedia di laman web ini.

Bidang kuasa tertentu mungkin tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan liabiliti sedemikian. Liabiliti itu, jika ada, dalam bidang kuasa tersebut, hendaklah dikecualikan atau dihadkan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.