Loading...

Dasar Penghantaran & Pengembalian


  1. Pesanan 


Proses penerimaan dan penyempurnaan pesanan hanya akan dianggap selesai selepas HWGE mengeluarkan pengesahan pesanan melalui e-mel kepada Pelanggan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, sebelum mengeluarkan pengesahan pesanan, HWGE berhak menolak atau membatalkan sebarang pesanan tanpa memberikan sebarang sebab kepada Pelanggan.


Ada kalanya, mungkin pesanan tidak dapat diproses atas sebab-sebab tertentu. Syarikat berhak menolak atau membatalkan sebarang pesanan atas sebarang sebab pada bila-bila masa. Syarikat akan meminta Pelanggan memberi maklumat atau butiran pengesahan tambahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor telefon dan alamat mereka sebelum meneruskan proses pesanan dengan lebih lanjut. 


  


  1. Pilihan Penghantaran, Cukai dan Duti Kastam


Pesanan akan dihantar berdasarkan kaedah penghantaran yang anda pilih semasa anda membuat pesanan. Anda bersetuju untuk menanggung segala cukai, caj dan duti kastam yang dikenakan atas pembelian anda. Anda seterusnya bersetuju bahawa Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan, dan tidak akan membayar balik sebarang caj sedemikian atau memberi bayaran balik untuk kos apa-apa produk yang ditahan oleh mana-mana Jabatan Kastam. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi undang-undang import negara anda berkaitan dengan pembelian yang dibuat dari Laman Web ini.


Anda juga bersetuju bahawa maklumat berkaitan dengan pengangkutan dan penghantaran produk serta cukai dan duti kastam yang disediakan oleh Syarikat di Laman Web ini adalah untuk rujukan sahaja dan tertakluk kepada perubahan, malah Laman Web juga mungkin tidak memaparkan versi paling terkini. Anda hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat terkini mengenai keperluan Kastam di negara anda atau mendapatkan maklumat cukai dan duti yang paling terkini dan paling tepat daripada sebarang saluran lain yang bersesuaian.


  1. Jangka Masa Penghantaran


Apabila anda membuat pesanan, kami akan menganggarkan tarikh penghantaran berdasarkan ketersediaan produk dan pilihan penghantaran anda. Sila maklum bahawa jangka masa penghantaran adalah dibuat secara anggaran sahaja, dan ia dikira dari tarikh kami menghantar produk anda dan bukannya tarikh kami menerima pesanan anda.


  1. Dasar Pengembalian Produk


Kami tidak menerima sebarang pengembalian produk atas alasan yang anda bertukar fikiran, produk tidak menepati citarasa anda atau atas sebarang alasan lain. Walau bagaimanapun, sekiranya pesanan anda mengalami kerosakan semasa proses penghantaran, sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pilihan lain yang tersedia. Kerosakan produk yang dimaksudkan adalah seperti botol kaca retak, botol plastik pecah, pita/penutup keselamatan tertanggal atau koyak dan kebocoran pada botol. Sila hubungi kami melalui e-mel atau telefon dalam masa 3 hari selepas anda menerima bungkusan anda. Kami boleh mengetahui tarikh anda menerima pesanan anda melalui rekod kami, oleh itu, sebarang aduan yang diterima selepas 3 hari tidak akan dilayan. Sila lampirkan gambar dalam e-mel anda dan terangkan jenis kerosakan yang dialami. Botol atau bungkusan yang kemik lazimnya tidak dianggap sebagai rosak kerana ia tidak menjejaskan keselamatan atau keberkesanan produk di dalamnya.


Garisan panduan berikut perlu dipatuhi semasa proses pertukaran atau pengembalian barang:-


  1. Tiada pembayaran balik untuk caj pengiriman atau penghantaran bagi tujuan pemulangan dan pertukaran barang.

  2. Jualan barang diskaun atau barang harga tawaran istimewa adalah muktamad dan tidak layak untuk ditukar ganti.

  3. Untuk barang yang tersalah hantar, kami akan menghantar barang yang betul kepada anda selepas kami menerima barang yang tersalah hantar tersebut. Ini tertakluk kepada ketersediaan stok.

  4. Kami akan membayar balik nilai barang dalam tempoh 14 hari jika barang ganti tiada dalam stok. 

  5. Bayaran balik akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank peribadi anda.


Nota:

Kami memohon maaf kerana kami tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kehilangan atau kerosakan barang yang dihantar kembali kepada kami untuk ditukarkan. Sila bungkus barang tersebut dengan sempurna bagi memastikan tiada kerosakan semasa transit, dan sila hantar menggunakan mana-mana khidmat kurier berdaftar. Kami amat mengesyorkan supaya anda mendapatkan bukti penghantaran daripada syarikat kurier/pos anda supaya bungkusan itu boleh dikesan. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya barang penghantaran anda hilang semasa transit pengembalian.


Dengan membuat pembelian melalui laman web ini, anda mengesahkan bahawa anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di sini. 



Hubungi Kami


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di [email protected] 


Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.