Loading...

Dasar Privasi


Kami amat menghargai privasi dan keselamatan maklumat para pengunjung laman web kami. Kami menjaminkan bahawa semua maklumat yang kami terima daripada laman web akan dilindungi dan digunakan bagi tujuan yang dinyatakan. Untuk membantu anda memahami bagaimana ini dilakukan, sila rujuk Soalan-soalan Lazim berikut:


S: Apakah yang berlaku apabila saya membuat pembelian di laman web anda?

J: Kami akan menukarkan maklumat pembayaran anda kepada bentuk kod sulit dan akan melindungi keselamatannya semasa transmisi dengan menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (Secure Sockets Layer atau SSL). SSL bukan sahaja melindungi maklumat pembayaran anda dengan mengesahkan identiti pelayan (server) dan memaklumkan kami bahawa mesej telah selamat sampai. 


S: Adakah anda akan menyimpan maklumat kad kredit saya?

J: Tidak. Sebaik sahaja bayaran diproses, maklumat kad kredit anda akan dipadamkan.


S: Bagaimana dengan langkah-langkah perlindungan dalaman?

J: Kami melaksanakan prosedur operasi standard yang membenarkan hanya kakitangan yang diberi kuasa sahaja dan ditegaskan hanya untuk mendapatkan maklumat yang perlu diketahui sahaja.


S: Apakah maklumat yang akan anda kumpulkan daripada pembeli?

J: Kami mengumpulkan maklumat minimum yang diperlukan bagi memproses pesanan dan memastikan penghantaran yang tepat. Maklumat ini termasuk: Nama; Alamat; Nombor Telefon; E-mel; Butiran Pembelian dan Butiran Kad Kredit.


S. Adakah anda akan menggunakan maklumat yang anda kumpul dan menghantar spam kepada saya dengan iklan yang tidak diingini?


J. Secara berkala, kami akan menghantar mesej promosi yang kami percaya diminati oleh pelanggan kami. Jika anda membuat keputusan dengan tidak mahu menerimanya lagi, anda boleh "nyahlanggan" daripada senarai mel kami dengan mengikuti arahan dalam mesej dengan mudah. Sila ambil perhatian bahawa jika anda bersetuju menerima mesej sedemikian, anda bersetuju untuk berkongsi nama dan alamat e-mel anda dengan pihak ketiga.


S: Apakah itu Kuki (Cookie) dan adakah laman web anda menggunakannya?

J: Ya, kami menggunakan kuki, namun terpulang kepada anda sama ada mahu membenarkan penggunaannya. Kuki menyimpan sejumlah kecil data ke dalam komputer anda apabila anda melayari laman web kami. Ia bertujuan bagi membantu kami mengetahui tentang ciri-ciri yang anda paling sukai supaya kami dapat menyediakan kandungan yang bersesuaian dengan minat anda pada sesi kunjungan anda yang seterusnya.


S: Bagaimana jika saya enggan membenarkan penggunaan kuki? Apakah yang akan berlaku?

J: Anda boleh berbuat demikian dengan mengubah tetapan pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, jika anda menyahaktifkan kuki, beberapa fungsi utama seperti log masuk akaun dan fungsi “semak” tidak akan dapat digunakan.


S: Adakah anda akan berkongsi maklumat saya dengan pihak lain?

J: Sesetengah operasi perniagaan kami seperti perdagangan elektronik mungkin dikendalikan oleh pembekal perkhidmatan lain. Syarikat-syarikat ini mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat gabungan mereka dan pembekal perkhidmatan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan dengan laman web kami atau operasi perniagaan kami. Perkhidmatan termasuk pemprosesan, perlindungan daripada penipuan, pengurangan risiko kredit, penetapan ciri produk mengikut pesanan, penyempurnaan pesanan dan penghantaran pesanan, pengedaran bahan-bahan pemasaran dan promosi, penilaian laman web, analisis data dan penghapusan data, jika perlu. Syarikat-syarikat ini boleh mengakses maklumat peribadi anda secara sulit hanya setakat yang diperlukan untuk menjalankan fungsi-fungsi mereka.


Pembekal khidmat penghantaran kami telah diarahkan supaya maklumat peribadi anda hanya untuk urusan penghantaran. Walau bagaimanapun, jika syarikat kami atau sebahagian daripada aset kami perlu dijual atau dipindahkan atau digunakan sebagai jaminan, maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan kepada pihak ketiga semasa transaksi tersebut.


Dalam keadaan yang jarang berlaku, jika agensi kerajaan atau agensi penguatkuasaan undang-undang meminta maklumat peribadi anda atas kewajipan undang-undang, kami perlu memberi kerjasama kepada agensi sedemikian.


Kami juga berhak menggunakan maklumat yang dapat mengenal pasti identiti dalam situasi tertentu yang menghendaki kami untuk menguatkuasakan mana-mana syarat dalam persetujuan ini.


S: Bagaimana dengan dasar privasi laman web lain yang mempunyai pautan dengan laman web anda?

J: Dasar Privasi ini hanya diguna pakai untuk laman web kami. Laman web kami mungkin mempunyai pautan ke laman web rakan-rakan niaga, penjual (vendor) dan syarikat pengiklanan yang tidak dikawal oleh kami. Sila maklum bahawa laman-laman web ini mungkin mengamalkan perlindungan privasi yang berbeza. Pastikan anda menyemak dasar privasi laman web tersebut kerana sebaik sahaja anda keluar daripada laman web kami, sebarang maklumat yang anda serahkan tidak lagi berada di bawah kawalan kami.


S: Adakah dasar privasi anda akan kekal sebegini tanpa diubah?

J: Dari semasa ke semasa, kami mungkin mengubah atau meminda dasar privasi kami bagi mematuhi undang-undang atau peraturan baharu, atau bagi mencerminkan perubahan dalam amalan perniagaan kami pada masa hadapan. Sebarang perubahan akan dinyatakan di sini, jadi sila semak laman ini secara berkala. Kami juga mungkin akan mampamerkan notis pada laman web kami atau menghantar e-mel mengenai perubahan tersebut.


Dengan berkomunikasi dan menggunakan perkhidmatan, membeli produk atau berurusan dengan HWGE, anda mengakui bahawa anda sudah membaca dan memahami Notis ini. Anda bersetuju dan membenarkan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh HWGE sepertimana yang diterangkan dalam Notis ini.


Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.